Masjid Al-Aqsa adalah kiblat
pertama bagi umat Islam di permulaan usaha dakwah Islam. Umat Islam berterusan
mengadap ke arah Baitulmaqdis dalam solat mereka sejak permulaan difardhukan
solat ke atas kaum muslimin di Mekah hinggalah hijrahnya Nabi Sallallahu Alaihe
wa Salam ke Madinah Al-Munawwarah selama 1 tahun setengah. Perawi-perawi hadis
dan ahli sejarah telah berijma’ akan kesahihan keadaan yang sedemikian itu,
selain ianya disebut di dalam Al-Quran.
Ibnu Katsir telah meriwayatkan
dalam tafsirnya berkenaan dengan firman Allah Subhana wa Ta’ala yang bermaksud:
“Orang-orang yang kurang berakal di antara manusia akan berkata; “Apakah yang
telah memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap)
kepadanya?” Katakanlah (Muhammad), “Milik Allah-lah timur dan barat; Dia
memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” (Al-Baqarah: 124)
Telah diriwayatkan dari Imam
Al-Bukhari Rahimullah dari Ibnu Ishaq dari Al-Baraa Radhiallahu Anhu bahawa
Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam telah bersolat mengadap ke arah
Baitulmaqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Sedangkan baginda amat gembiranya
sekiranya kiblat solatnya adalah ke arah Baitullah (Ka’abah) di Mekah. Solat
yang pertama yang dikerjakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam dengan
mengadap ke Ka’abah di Mekah ialah solat Asar dan sahabat-sahabat radhiallahu
anhum juga turut solat bersama baginda. Maka
keluarlah seorang sahabat yang telah bersolat dengan baginda dan melewati
sahabat-sahabat lain yang turut bersolat di masjid pada masa itu dalam keadaan
mereka rukuk, sahabat itu berkata; “Aku bersaksi dengan Allah sesungguhnya aku
telah bersolat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam dengan mengadap ke
Mekah” dan mereka pun berpusing ke arahnya sebagaimana yang telah dilakukan
oleh para sahabat yang telah bersolat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihe wa
Salam tersebut.
Orang-orang yang beriman yang
meninggal dunia dan telah mengerjakan solat dengan mengadapkan ke arah
Baitulmaqdis, sebelum perintah diberikan untuk bersolat dengan berkiblatkan Ka’abah
di Mekah, sahabat-sahabat berkata;”Kami tidak tahu apa yang patut kami beritahu
tentang mereka.” Maka Allah Subhana wa Ta’ala telah menurunkan ayat yang
bermaksud; “…..sesungguhnya (peralihan
kiblat itu) sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh
Allah. Dan Allah tidak mempersia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang kepada manusia…” (Al-Baqarah 143) dalam ayat
Allah telah menyamakan iman itu dengan solat.
Manakala Imam Muslim telah
meriwayatkan dalam bentuk yang lain; telah berkata Muhammad bin Ishaq; Ismail
bin Abi Kholid telah memberitahuku dari Ishaq dari Al-Barra katanya; “Rasulullah
telah bersolat dengan mengadap ke Baitulmaqdis dan sering mendongak ke langit
menunggu-nunggu perintah dari Allah Subhana wa Ta’ala, maka Allah Subhana wa Ta’ala
menurunkan ayat, maksudnya: “Kami melihat
wajahmu (Muhammad) sering mendongak ke langit, maka akan Kami palingkan kamu ke
kiblat yang engkau senangi…..maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid Al-Haram….”
(Al-Baqarah 144) Seorang sahabat Nabi telah berkata; “Kami suka untuk
mengetahui keadaan orang yang mati sebelum kami yang dialihkan arah kiblat dan
begitujuga bagaimana pula halnya dengan solat yang telah kami kerjakan sebelum
ini dengan berkiblatkan Baitulmaqdis?” Allah telah menurunkan ayat yang bermaksud;
“………….Dan Allah tidak mempersia-siakan
iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada manusia…”
(Al-Baqarah 143)
Manakala orang-orang yang kurang
akal dari kalangan ahli kitab (Yahudi) telah berkata; “Apa yang telah
menyebabkan mereka berpaling dari kiblat mereka (Baitulmaqdis)…..??” Maka Allah
Subhana wa Ta’ala menurunkan ayat (maksudnya): “Orang-orang
yang kurang berakal di antara manusia akan berkata; “Apakah yang telah
memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap)
kepadanya?”
Ibnu Abi Haatim telah berkata; “Abu
Zar’ah telah meriwayatkan kepada kami dari Abu Ishaq dari Al-Barra; “Rasulullah
Sallallahu Alaihe wa Salam telah bersolat dengan mengadap Baitulmaqdis selama
16 belas bulan sedangkan baginda amat suka untuk bersolat dengan mengadap kea
rah Ka’abah, maka Allah telah menurunkan ayat 144 dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud; “………Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering
mendongak ke langit, maka akan Kami palingkan kamu ke kiblat yang engkau
senangi….” Maka baginda telah berpaling ke arah Ka’abah. Lalu orang-orang
bodoh dari kalangan manusia iaitu Yahudi telah berkata; “…Apakah yang telah
memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap)
kepadanya?” (Al Baqarah 142)
Daripada Ali bin Talhah dari Ibnu
Ishaq bahawa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam berhijrah ke Madinah,
Allah telah memerintahkannya untuk bersolat dengan mengadap Baitulmaqdis, maka
orang-orang Yahudi telah merasa gembira sekali. Rasulullah telah mengadap ke
arahnya dalam solat baginda selama 16 belas bulan sedangkan baginda amat suka
untuk mengadap ke arah Kiblat Nabi Ibrahim alaihe salam. Rasulullah telah
berdoa kepada Allah dan sering mendongak ke langit menunggu-nunggu perintah
Allah Subhana wa Ta’ala, maka Allah Subhana wa Ta’ala telah menurunkan
perintah; “ …. maka hadapkanlah wajahmu ke
arah Masjid Al-Haram….” (Al-Baqarah 144). Justeru itu orang-orang Yahudi
tersebut telah ragu-ragu dan berprasangka seraya berkata; “Apakah yang telah
memalingkan mereka (kaum muslimin) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap)
kepadanya?”..untuk menjawab keraguan mereka Allah Subhana wa Ta’ala telah menurunkan ayat yang bermaksud; “Milik Allah-lah timur dan barat….” (Al-Baqarah: 124)
Terdapat banyak hadis mengenai
peristiwa peralihan kiblat ini. Hasilnya, Rasulullah telah diperintahkan
bersolat dengan mengadap ke arah As-Sakhrah (batu yang terdapat di dalam Masjid
Dome Of The Rock/kubah kuning sekarang) di dalam Masjid Al-Aqsa dan baginda
berada di Mekah bersolat di posisi di antara dua rukun maka di hadapannya Ka’abah
sedangkan baginda mengadap ke arah Baitulmaqdis. Ketika baginda berhijrah ke
Madinah, baginda merasai kesulitan untuk menyatukan kedua-duanya (Ka’abah dan
Baitulmaqdis). Maka Allah Subhana wa Ta’ala telan memerintahkannya untuk
mengadap ke arah Baitulmaqdis.Ibnu Abbas dan jumhur ulama telah berkata; “Kemudian
mereka telah berselisih pendapat adalah perintah (peralihan kiblat ) itu dengan
Al-Quran atau tidak disebutkan di dalam Al-Quran. Terdapat 2 pendapat; Al-Qurthubi
telah menukilkan dalam tafsirnya dari ‘Ikrimah, Abu Al’Aaliah dan Al-Hasan
Al-Basri bahawa peralihan kiblat ke arah Baitulmaqdis adalah ijitihad
Rasulullah sendiri. Yang dimaksudkan ialah mengadap ke Baitulmaqdis setelah
hijrahnya baginda ke Madinah. Keadaan tersebut berterusan selama berbelas-belas
bulan. Dalam tempoh itu, Rasulullah telah memperbanyakkan doa dan merayu kepada
Allah Subhana wa Ta’ala agar dipalingkan kiblat ke Ka’abah iaitu kiblat Nabi
Ibrahim alaihe salam. Allah Subhana wa Ta’ala telah mengkabulkan doanya dengan
memerintahkan baginda mengadap ke Ka’abah, justeru itu Rasulullah telah
berkhutbah kepada orang ramai dan memberitahu tentang perintah penukaran kiblat
itu. Solat pertama yang dikerjakan Rasulullah dengan mengadap Ka’abah ialah
solat Asar. Walaupun ada riwayat dari An-Nasaai ianya solat Zuhur.
…sebahagian teks dari Travelogue
Mata Adalah Jendela Hati – Jordan & Al-Quds (#Masjid Al-Aqsa) oleh Ust Abul
Khairy Al-Latifi (pengasas safirgotravel.com)
Tarikh-tarikh pelepasan ke Jordan dan Al-Aqsa bersama Ust Abul
Khairy Al-Latifi:
18/10/2018 (sudah penuh), 14/11/2017 (masih dibuka & tarikh
tutup 8/10/2017), 15/12/2017 (masih dibuka & tarikh tutup 8/11/2017),
25/1/2018, 26 /2/2018, 8/3/2018, 10/4/2018
Call ofis: 0389204090/3040/3042
what apps:
0193107308






No comments:
Post a Comment