Saturday, 16 September 2017

Masjid Al-Aqsa Kiblat Pertama Umat Islam

Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam di permulaan usaha dakwah Islam. Umat Islam berterusan mengadap ke arah Baitulmaqdis dalam solat mereka sejak permulaan difardhukan solat ke atas kaum muslimin di Mekah hinggalah hijrahnya Nabi Sallallahu Alaihe wa Salam ke Madinah Al-Munawwarah selama 1 tahun setengah. Perawi-perawi hadis dan ahli sejarah telah berijma’ akan kesahihan keadaan yang sedemikian itu, selain ianya disebut di dalam Al-Quran.

Ibnu Katsir telah meriwayatkan dalam tafsirnya berkenaan dengan firman Allah Subhana wa Ta’ala yang bermaksud: “Orang-orang yang kurang berakal di antara manusia akan berkata; “Apakah yang telah memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap) kepadanya?” Katakanlah (Muhammad), “Milik Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.”  (Al-Baqarah: 124)

Telah diriwayatkan dari Imam Al-Bukhari Rahimullah dari Ibnu Ishaq dari Al-Baraa Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam telah bersolat mengadap ke arah Baitulmaqdis selama 16 bulan atau 17 bulan. Sedangkan baginda amat gembiranya sekiranya kiblat solatnya adalah ke arah Baitullah (Ka’abah) di Mekah. Solat yang pertama yang dikerjakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam dengan mengadap ke Ka’abah di Mekah ialah solat Asar dan sahabat-sahabat radhiallahu anhum juga turut solat  bersama baginda. Maka keluarlah seorang sahabat yang telah bersolat dengan baginda dan melewati sahabat-sahabat lain yang turut bersolat di masjid pada masa itu dalam keadaan mereka rukuk, sahabat itu berkata; “Aku bersaksi dengan Allah sesungguhnya aku telah bersolat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam dengan mengadap ke Mekah” dan mereka pun berpusing ke arahnya sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sahabat yang telah bersolat dengan Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam tersebut.

Orang-orang yang beriman yang meninggal dunia dan telah mengerjakan solat dengan mengadapkan ke arah Baitulmaqdis, sebelum perintah diberikan untuk bersolat dengan berkiblatkan Ka’abah di Mekah, sahabat-sahabat berkata;”Kami tidak tahu apa yang patut kami beritahu tentang mereka.” Maka Allah Subhana wa Ta’ala telah menurunkan ayat yang bermaksud; “…..sesungguhnya (peralihan kiblat itu) sangat berat, kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah. Dan Allah tidak mempersia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada manusia…” (Al-Baqarah 143) dalam ayat Allah telah menyamakan iman itu dengan solat.

Manakala Imam Muslim telah meriwayatkan dalam bentuk yang lain; telah berkata Muhammad bin Ishaq; Ismail bin Abi Kholid telah memberitahuku dari Ishaq dari Al-Barra katanya; “Rasulullah telah bersolat dengan mengadap ke Baitulmaqdis dan sering mendongak ke langit menunggu-nunggu perintah dari Allah Subhana wa Ta’ala, maka Allah Subhana wa Ta’ala menurunkan ayat, maksudnya: “Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering mendongak ke langit, maka akan Kami palingkan kamu ke kiblat yang engkau senangi…..maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid Al-Haram….” (Al-Baqarah 144) Seorang sahabat Nabi telah berkata; “Kami suka untuk mengetahui keadaan orang yang mati sebelum kami yang dialihkan arah kiblat dan begitujuga bagaimana pula halnya dengan solat yang telah kami kerjakan sebelum ini dengan berkiblatkan Baitulmaqdis?” Allah telah menurunkan ayat yang bermaksud; “………….Dan Allah tidak mempersia-siakan iman kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada manusia…” (Al-Baqarah 143)

Manakala orang-orang yang kurang akal dari kalangan ahli kitab (Yahudi) telah berkata; “Apa yang telah menyebabkan mereka berpaling dari kiblat mereka (Baitulmaqdis)…..??” Maka Allah Subhana wa Ta’ala menurunkan ayat (maksudnya):  “Orang-orang yang kurang berakal di antara manusia akan berkata; “Apakah yang telah memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap) kepadanya?”

Ibnu Abi Haatim telah berkata; “Abu Zar’ah telah meriwayatkan kepada kami dari Abu Ishaq dari Al-Barra; “Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam telah bersolat dengan mengadap Baitulmaqdis selama 16 belas bulan sedangkan baginda amat suka untuk bersolat dengan mengadap kea rah Ka’abah, maka Allah telah menurunkan ayat  144 dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud; “………Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering mendongak ke langit, maka akan Kami palingkan kamu ke kiblat yang engkau senangi….” Maka baginda telah berpaling ke arah Ka’abah. Lalu orang-orang bodoh dari kalangan manusia iaitu Yahudi telah berkata; “…Apakah yang telah memalingkan mereka (muslim) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap) kepadanya?” (Al Baqarah 142)

Daripada Ali bin Talhah dari Ibnu Ishaq bahawa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihe wa Salam berhijrah ke Madinah, Allah telah memerintahkannya untuk bersolat dengan mengadap Baitulmaqdis, maka orang-orang Yahudi telah merasa gembira sekali. Rasulullah telah mengadap ke arahnya dalam solat baginda selama 16 belas bulan sedangkan baginda amat suka untuk mengadap ke arah Kiblat Nabi Ibrahim alaihe salam. Rasulullah telah berdoa kepada Allah dan sering mendongak ke langit menunggu-nunggu perintah Allah Subhana wa Ta’ala, maka Allah Subhana wa Ta’ala telah menurunkan perintah; “ …. maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid Al-Haram….” (Al-Baqarah 144). Justeru itu orang-orang Yahudi tersebut telah ragu-ragu dan berprasangka seraya berkata; “Apakah yang telah memalingkan mereka (kaum muslimin) dari kiblat yang dahulu mereka (mengadap) kepadanya?”..untuk menjawab keraguan mereka Allah Subhana wa Ta’ala  telah menurunkan ayat yang bermaksud; “Milik Allah-lah timur dan barat….”  (Al-Baqarah: 124)

Terdapat banyak hadis mengenai peristiwa peralihan kiblat ini. Hasilnya, Rasulullah telah diperintahkan bersolat dengan mengadap ke arah As-Sakhrah (batu yang terdapat di dalam Masjid Dome Of The Rock/kubah kuning sekarang) di dalam Masjid Al-Aqsa dan baginda berada di Mekah bersolat di posisi di antara dua rukun maka di hadapannya Ka’abah sedangkan baginda mengadap ke arah Baitulmaqdis. Ketika baginda berhijrah ke Madinah, baginda merasai kesulitan untuk menyatukan kedua-duanya (Ka’abah dan Baitulmaqdis). Maka Allah Subhana wa Ta’ala telan memerintahkannya untuk mengadap ke arah Baitulmaqdis.Ibnu Abbas dan jumhur ulama telah berkata; “Kemudian mereka telah berselisih pendapat adalah perintah (peralihan kiblat ) itu dengan Al-Quran atau tidak disebutkan di dalam Al-Quran. Terdapat 2 pendapat; Al-Qurthubi telah menukilkan dalam tafsirnya dari ‘Ikrimah, Abu Al’Aaliah dan Al-Hasan Al-Basri bahawa peralihan kiblat ke arah Baitulmaqdis adalah ijitihad Rasulullah sendiri. Yang dimaksudkan ialah mengadap ke Baitulmaqdis setelah hijrahnya baginda ke Madinah. Keadaan tersebut berterusan selama berbelas-belas bulan. Dalam tempoh itu, Rasulullah telah memperbanyakkan doa dan merayu kepada Allah Subhana wa Ta’ala agar dipalingkan kiblat ke Ka’abah iaitu kiblat Nabi Ibrahim alaihe salam. Allah Subhana wa Ta’ala telah mengkabulkan doanya dengan memerintahkan baginda mengadap ke Ka’abah, justeru itu Rasulullah telah berkhutbah kepada orang ramai dan memberitahu tentang perintah penukaran kiblat itu. Solat pertama yang dikerjakan Rasulullah dengan mengadap Ka’abah ialah solat Asar. Walaupun ada riwayat dari An-Nasaai ianya solat Zuhur.







…sebahagian teks dari Travelogue Mata Adalah Jendela Hati – Jordan & Al-Quds (#Masjid Al-Aqsa) oleh Ust Abul Khairy Al-Latifi (pengasas safirgotravel.com)
Tarikh-tarikh pelepasan ke Jordan dan Al-Aqsa bersama Ust Abul Khairy Al-Latifi:


18/10/2018 (sudah penuh), 14/11/2017 (masih dibuka & tarikh tutup 8/10/2017), 15/12/2017 (masih dibuka & tarikh tutup 8/11/2017), 25/1/2018, 26 /2/2018, 8/3/2018, 10/4/2018


Call ofis: 0389204090/3040/3042


what apps:

0193107308

Friday, 27 June 2014

KALENDAR CUTI UMUM 2015

Calendar for year 2015 (Malaysia)

JanuaryFebruaryMarch
MoTuWeThFrSaSu
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
MoTuWeThFrSaSu
1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728
MoTuWeThFrSaSu
1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
5:F 13:3Q 20:N 27:1Q
4:F 12:3Q 19:N 26:1Q
6:F 14:3Q 20:N 27:1Q
AprilMayJune
MoTuWeThFrSaSu
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930
MoTuWeThFrSaSu
123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
MoTuWeThFrSaSu
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930
4:F 12:3Q 19:N 26:1Q
4:F 11:3Q 18:N 26:1Q
3:F 9:3Q 16:N 24:1Q
JulyAugustSeptember
MoTuWeThFrSaSu
12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031
MoTuWeThFrSaSu
12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31
MoTuWeThFrSaSu
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930
2:F 9:3Q 16:N 24:1Q 31:F
7:3Q 14:N 23:1Q 30:F
5:3Q 13:N 21:1Q 28:F
OctoberNovemberDecember
MoTuWeThFrSaSu
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
MoTuWeThFrSaSu
1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30
MoTuWeThFrSaSu
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031
5:3Q 13:N 21:1Q 27:F
3:3Q 12:N 19:1Q 26:F
3:3Q 11:N 18:1Q 25:F
Holidays and Observances:
1 JanNew Year's Day
3 JanThe Prophet Muhammad's Birthday
1 FebFederal Territory Day
2 Feb'Federal Territory Day' observed
19 FebChinese Lunar New Year's Day
20 FebSecond day of Chinese Lunar New Year
3 AprGood Friday
5 AprEaster Sunday
1 MayLabour Day
16 MayIsra and Mi'raj
6 JunThe Yang di-Pertuan Agong's Birthday
18 JunRamadan begins
18 JulHari Raya Puasa Day 1
19 JulHari Raya Puasa Day 2
31 AugMalaysia's National Day
16 SepMalaysia Day
24 SepHari Raya Haji
15 OctMuharram/New Year
24 DecThe Prophet Muhammad's Birthday
24 DecChristmas Eve
25 DecChristmas Day
31 DecNew Year's Eve